Ahad, 30 September 2012

Taugeh

Assalamualaikum..,

Hari ni nak cerita pasal taugeh...tengok orang laen buat taugeh, farah pun nak try buat jugak lah..ingatkan susah la kan nak tumbuhkan taugeh ni..Teringat mase sekolah rendah dulu..kan ada cikgu ajar buat eksperimen la kononnye kan..haha..balik rumah beriya-iya mintak ibu kacang hijau..mula la sediakan bekas, tisu dgn kacang hijau..basahkan tisu dalam bekas pastu letak kacang hijau..tapi pelik sebab tak sama macam kat kedai..panjang meninggi kurus keding je..hahahaaa... =D Sekarang ni kire "pass" la nak buat..hehee..(tak leh puji lebih2..kang kembang tak hengat!)  =P

Senang je rupenye..Cara-caranya ialah mula-mula rendam kacang hijau semalaman..masukkan dalam bekas tapi tutup guna kain yang berlubang-lubang untuk pengaliran udara..(farah guna gauze) tumbuhan pun bernafas jugakkan..letakkan dalam tempat gelap..kalau kena cahaya matahari nanti jadi warna hijau..yang penting kena "bilas" waktu pagi dan petang..kira macam siram 2 kali sehari la kan..




Hari pertama dah start keluar akar-akar halus..




Hari kedua semua dah berakar panjang dan mula sehat..




Tadaaa!! Hari ketiga dah penuh sebalang..tapi lupa nak snap..lepas buang akar2 baru teringat..
 Alhamdulillah, banyak dapat dengan 1/2 cawan kacang hijau je..





Enak dimasak kicap dengan tofu telur (kalau guna tauhu lagi sedap!)


Selamat Mencuba..!~

Jumaat, 28 September 2012

Benih Tembikai ke?

Pagi tadi macam biasa siram2 anak2 pokok...tiba-tiba kat dalam bekas cili tu ada cambahan misteri muncul..tak tau la mane datangnye benih tu..belek2 tengok mcm biji tembikai...burung bawa terbang kot..kalau betul la tembikai,seronoknye...terima kasih burung! =D






Macam biji tembikai


*tapi ternyata bukan tembikai.. (-_-)'




Nak selit gak gambar bawang ni..da banyak daun da..yeay!!


Badminton


Da lame coti main badminton..Bila start main balik, hambek obat..saket satu badan...hahahaa.. =D Seminggu baru ilang saket kot..hahahaa..sebelum ni pinjam raket kawan punye je..Terima kasih kpd yg baek hati..Ni nak cite yang kite ni beli raket baru la der... hiii... =P




Akhirnya berjaya memiliki Se-raket.. Kembang seyh!




Lepas main opkos la kepenatan dan lapa kan..ahahaa..ape lg..jom minum dulu.. =D



Air Rose Rose Lemon ILUVU..Name x menahan!



Photoshoot bersama air masing2.. =D



~Selamat Menjamu Selera~





Isnin, 24 September 2012

Salad Green Parade


Salad Green Parade ni benih kongsi yang En. Is pos ke rumah.. Terima kasih En. Is yg baik hati sudi kongsikan benih ni kat Farah..Mengikut penerangan En. Is, salad ini menghasilkan daun semi cos yang berbentuk terbuka seperti kobis lowland.  Daunnya berbentuk bulat berwarna hijau muda.  En.Is kate rasanya rangup dan manis kalau ditanam sendiri dan yang paling best salad ni dapat dituai dalam masa yang singkat.


Ni la rupa benih tu..Halus je..
Terima kasih En. Is sebab sudi kongsi benih yg sangat bernas ini.. =D


 


Cambahan Salad selepas dua hari..comel je... =D



Lepas ni nak fikir kat mane nak alihkan semaian ni..hm...




Nasi Arab



Hari ni ada hamba Allah yg baik hati belanja makan tengah hari Nasi Arab Kambing...
Wiii...~ sangat menyukainyaaa ..




 Nasi Arab Kambing Sri Petaling..Tengok la kambing tu..!
Memang puas makan..

 


 Licin!! Sikit pun tak kasi can!



Memang manyak unnntunggg besar ma...sangat rugi kepada sape2 yg tak makan kambing..hehee..
Moga dimurahkan rezeki dan boleh la belanja macam ni lagi.. =D




Ulam Raja


         




        Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna ungu atau kuning dan berbunga kecil. Pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna UNGU merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok. Ulam Raja telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang.  

Nak tanam ulam raja pulak la..ada tak sape2 jual benih?farah nak beli la..  =D


Sabtu, 22 September 2012

Bendi pulak


Cubaan kedua..nak try tanam bendi pulak..benih beli kat pasaraya je..sebelum ni ada try tanam jugak..tapi lain pulak jadinya.. 
  1. Mula2 semai kat luar rumah..esok pagi tengok ada seekor En. Siput dalam bekas semaian dengan sarung benih bendi je tinggal...Terbukti En. Siput bersalah. ( dalam hati "betul ke?kuat betul dia pecahkan sarung keras tu.." )         -misi gagal
  2. Semai dalam rumah pulak..lepas dua hari tengok da tinggi sangat tapi daun belum keluar,dalam sarung lagi..mungkin sebab tak dapat matahari kot..tapi lama2 layu.   -misi gagal lagi
  3. Kali ni semai sekali dalam bekas cili pulak sebab daun bawang yang kat tengah tu da takde. Alhamdulillah.. =)





Dalam masa dua hari je dah cambah macam gambar atas ni..lagi cepat dari cili..
Kagum dan Happy sangat2..sekali lagi rasa macam nak frame!!  =P




Ok, perasan tak? ada pokok kecik sebelah anak bendi tu? 
Daun dia kerepot2..tu yang tak cam..anak bendi jugak ke?



Permulaan tanam cili

Aritu adela datang mood nak cube try menanam..mule2 tu was-was la jugak..baru first time la katekan..risau kot kot kalau tangan "panas"..tapi ni la hasilnye..Alhamdulillah..harap2 berbuah la beliau semeriahnye..hehee... (^_^)





Cambahan yg pertama..Happy tak terkate..rase macam nak frame!! =P





10 hari selepas tu..da ramai menunjukkan diri..yeay.. !!





 Lebih kurang 1/2 bulan lepas tu pindah rumah..haha..
Lame jugak la tunggu tp besar tu jek..normal ke?daun baru 4 helai..
yang tengah tu lebihan daun bawang beli kat kedai..






 Dua minggu lepas tu..ok tak?macam makin gemuk kan? =D




Yang ni pulak seminggu kemudian..ade 8 daun setiap pokok..
nampak sangat takde kerja siap mengira daun kan?hahaaa... =P




Sebenarnye kalau tengok betul2 ade pokok yang tak cukup zat celah2 ramai2 tu..sekarang ni misi nak mencari tempat dan cara nak jarangkan pokok2 cili tu..belum terlambatkan?ke nak biarkan je camtu?
 ( masa ni la terfikir bila la nak ada rumah atas tanah yg luas sendiri ni...hmm )